Saturday, 30 August 2014

PERKEMBANGAN GIMNASTIK IRAMA

1. 1982 - Kursus kejurulatihan diperkenalkan
2. 1983 - Jawatankuasa teknik gimrama ditubuhkan
3. 1984 - Satu kursus untuk para guru diadakan
4. 1985 - PGM melancarkan program itensif . Jurulatih dari Australia dijemput hadir . Pada tahun yang sama ,  kejurulatihan serantau peringkat lanjutan telah diadakan
5. 1989 - Sukan SEA KE-XV KL , Gimrama diperkenalkan . FAIZNUR MISKIN Mengumpul 5 Pingat Emas
6. 1993 - Pertandingan sedunia di Alicante , Sepanyol - Wakil Malaysia Ialah FARRAH HANI IMRAN
7. 1987 - CIK KAREN HO menjadi pakar kursus kejurulatihan yang pertama
8. 1989 - PUAN YOSHIKO KAMO mengendalikan kursus kejurulatihan peringkat antarabangsa untuk menyediakan jurulatih Sukan SEA 1989
9. Di peringkat sekolah - Gimrama diajar dalam Kokurikulum dalam subjek pendidikan jasmani
10. Kejohanan gimrama pertama peringkat MSSM di Kuala Lumpur
11. 1988 - Kejohanan gimrama antara Sekolah-Sekolah ASEAN diadakan
12. 1989 - Malaysia memenangi bagi kebanyakan acara melalui FAIZNUR MISKIN DAN AUDREY NG



KLIK SINI UNTUK KE PAUTAN LAIN

Friday, 29 August 2014

TOKOH GIMNASTIK IRAMA

TEMPATAN 

1. FAIZNUR MISKIN
2. DURRATUN NASHIHIN ROSLI
3. CRYSTAL LIM WEN CHEAN
4. WONG POH SAN

ANTARANGSA

1. LORI FUNG METHORST
2. ALIYA GARAYEVA
3. ALINA MARATOVNA KABAEVA
4. MARGARITA MAMUN
5. AMY KWAN DICT WENG
6. YANA KUDRYAVTSCVA

Monday, 25 August 2014

KEPERLUAN DALAM GIMNASTIK IRAMA

ALATAN

1. Tali
2. Gelung
3. Belantan
4. Bola
5. Reben

PAKAIAN

1. Leotard
2. Unitard
3. Kasut kulit atau kain (HALF SHOES)

MUZIK

1. Mempunyai tempoh yang sesuai

KAWASAN

1. Kosong dan lapang
2. Tiada lampu palang dan rusuk
3. Tinggi siling (10m)
4. Permukaan lantai bersih dan tidak licin
5. Permaidani lembut
6. Keluasan 14m X 14m
7. Dimensi 13m X 13m



  

Monday, 18 August 2014

Kuiz

1. apakah asas pendidikan pergerakan ?
2. berikan dua pendidikan pergerakan .
3. apakah yang dimaksudkan dengan gimnastik irama ?
4. apakah peralatan yang digunakan dalam gimnastik irama ?
5. berikan pergerakan dalam gimnastik irama .


                                                      KLIK SINI UNTUK JAWAPAN

Saturday, 16 August 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta



Penulis Blog Pertama 
Nama : Puteri Aisyah Binti Noordin
Tempat Pengajian : Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,KL
Opsyen : Pendidikan Jasmani

Penulis Blog Kedua
Nama : NurHidayahtun Solehah Binti Yahaya
Tempat Pengajian : Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,KL
Opsyen : Pendidikan Jasmani

Kami Berada Disini.

IPG Kampus Ilmu Khas

Jalan Yaacob Latif
56000 Kuala Lumpur

Tel: 03-91318160; 03-91318244
Faks: 03-91319393

Jika Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan,
HUBUNGI KAMI MELALUI EMAIL

puteriaisyahdin@gmail.com
sol.soeh@gmail.com

Terima Kasih

Thursday, 14 August 2014

INTEGRITI

Akhir-akhir ini istilah integriti sering diperkatakan di tengah-tengah masyarakat terutamanya dalam kalangan badan kerajaan, swasta, organisasi, institusi dan agensi. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan integriti ini?

Menurut Kamus Dewan edisi keempatintegriti ialah kejujuran,ketulusan dan keadaan sempurna dan utuh. Sementara Pelan Integriti Nasional yang ditaja oleh kerajaan pula memberi definisi integriti sebagai ‘kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu atau sesebah organisasi’.

Oxford Dictionary pula memberi definisi integriti sebagai:-

“The quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided and the condition of being unified or sound in construction.”

Konsep Nilai

Konsep integriti berkait rapat dengan nilai. Nilai adalah sesuatu yang kita berpegang teguh kepadanya untuk dijadikanpanduan atau pegangan hidup. Kita akan sanggup mempertahankannya dan memastikannya ia akan terus disanjung. Nilai, apabila sudah sebati dalam diri menjadi sifat atau tabiat bagi seseorang individu.

Sebagai contoh, bersih adalah antara nilai yang positif. Apabila sifat bersih sudah sebati dalam diri seseorang individu itu, maka sia akan menjadi seorang yang pembersih dan tabiatnya suka kepada suasana dan keadaan yang bersih.

Konsep Etika

Integriti juga berkait rapat dengan etika (ethics) dan etiket (ettiquette – bahasa Perancis) malah integriti sebenarnya berlandaskan etika serta mencerminkan etika dalam tindakan sehari-hari.

Etika merupakan kaedah menentukan sesuatu perkara aik atau tidak, betul atau salah satu dari kaca mata masyarakat dan budaya atau agama. Sesuatu etika bukanlah undang-undang tetapi mirip kepada prinsip akhlak dan moral, adat dan peraturan berkaitan kesopanan dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu. Dalam Islam etika dinamakan sebagai adab.

Ciri-Ciri Integriti

Integriti perlu ada dalam diri setiap individu mahupun organisasi. Antara ciri-ciri asas integriti dalam kehidupan seharian ialah:-

Berakhlak Mulia

Berakhlak mulia atau bermoral merupakan sifat yang penting dalam membentuk peribadi yang berintegriti. Akhlak yang mulia mencakupi aspek menghormati antara satu sama lain, sama ada dalam kalangan pekerja dengan majikan mahupun sesama pekerja. Tidak ada perasaan mahu menindas dan tertindas yang aman akhirnya akan membangkitkan rasa dendam dan persaingan yang tidak dihat.


Telus Dan tulus

Telus ialah sikap berterus terang dan jelas tanpa berselindung dan bersedia untuk diuji ketulenannya. Tulus pula lebihbersifat dalaman diri atau disebut juga ikhlas. Kedua-dua sifat ini harus diterapkan dalam peribadi seseorang mahupun dalam kod etika pejabat atau protokol kerja. Tidak ada niat yang tersembunyi atau perasaan ingin menyeleweng apatah lagi untuk menipu atau menggelapkan kewangan organisasi.

Individu yang telus dan tulus melakukan semua pekerjaan dengan ikhlas dan tidak mencuri tulang. Mereka tidak perlu bekerja di bawah seliaan rapi. Mereka mampu untuk bekerja sendiri dan berkembang tanpa had. Individu seperti inilah yang akhirnya akan mendaki tangga perusahaan atau korporat sehingga mampu untuk menjadi bos sendiri.

Jujur

Berintegriti juga bermakna jujur dalam menyampaikan atau membuat setiap laporan supaya tidak terjadi kebohongan kemudian hari. Pembohongan dan ketidakjujuran yang dilakukan menyebabkan kebohongan yang seterusnya kerana ingin menutup kebohongan yang telah dilakukan.

Sabar

Saidina Ali RA pernah berkata:-

“Sabar itu separuh daripada iman.”

Sabar mencakupi segenap aspek lapangan kehidupan. Ibu bapa harus bersabar dengan kerenah anak-anak yang nakal. Majikan bersabar dengan segala helah pekerja. Guru bersabar dalam menghadapi kesusahan menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Malah kita juga harus bersabar dalam menghadapi kerenah teman sejawatan, jiran atau pihak atasan.

Apalagi dalam situasi kita berada di pihak yang benar dan mereka di pihak yang salah. Jika tidak sabar, kita pasti akan bertindak melulu. Setiap keputusan yang diambil dengan emosi yang membara akan selalunya berakhir dengan keputusan yang tidak baik dan penyesalan.

Berani

Pepatah Melayu mengatakan:-

“Berani kerana benar, takut kerana salah.”

Dengan kata lain, kita hendaklah berani mengatakan yang benar dan pada masa yang sama menentang yang salah. Kesalahan yang selalu disorokkan akhirnya akan terungkap ketika situasinya sudah tidak dapat dielak lagi.

Namun, ada kata-kata yang menyebut:-

“Kesalahan yang terancang akan menang berbanding kebenaran yang tidak terancang.”

Saidina Ali RA pernah berkata:-

“Perkara hak (benar) yang tidak berperaturan akan dikalahkan oleh perkara batil (salah) yang berperaturan.”

Oleh sebab itu, jangan biarkan sesuatu yang benar terkubur dek kesalahan yang dirancang dengan rapi.

Berilmu

Tanpa ilmu yang tepat dalam menguruskan sesuatu, maka semua urusan akan mengalami masalah dan tergendala. Namun begitu, ilmu sahaja tidak cukup. Ilmu yang benar haruslah selari dengan:-

i. Akal yang sihat

Apabila ilmu dan akal bekerja dengan selari, maka tiada alasan bagi individu atau organisasi berjaya dengan mantap. Elakkan daripada merosakkan akal dengan fahaman dan ‘isme-isme’ yang menyesatkan, bahan pornografi dan budaya kuning.

ii. Bertanggungjawab

Individu yang berintegriti bertanggungjawab ke atas apa sahaja yang dilakukan. Mereka tidak akan mudah lepas tangan. Sikap bertanggungjawab membentuk ciri kepimpinan yang mantap.

iii. Tekun

Orang yang berintegriti melakukan sesuatu tugasan atau misi dengan fokus, teliti dan cermat. Mereka akan melakukan sehingga selesai atau mencapai puncak kejayaan. Mereka tidak sekali-kali bersifat hangat-hangat tahi ayam.

iv. Berhemah

Individu yang berhemah tinggi melakukan sesuatu dengan mata hati dan bijaksana. Mereka bersifat simpati dan empati sekaligus. Apabila bertindak mereka lebih meletakkan dirinya dalam situasi orang yang dikenakan tindakan. Sifat berhemah ini melengkapkan sifat integriti individu atau sesebuah organisasi.


KLIK INI UNTUK MENDALAMI APA ITU INTEGRITI

Wednesday, 13 August 2014

Kemahiran Belajar

Peta minda Kemahiran Belajar:-

1. NurHidayahtun Solehah Binti Yahaya
Kemahiran belajar

2. Puteri Aisyah Binti Noordin
Kemahiran Belajar

ANDA JUGA BOLEH BERPANDUKAN NOTA INI


HARAP DAPAT MEMBANTU 



Tuesday, 12 August 2014

Kemahiran Literasi Maklumat

Peta minda Kemahiran Literasi Maklumat:-


1. NurHidayahtun Solehah Binti Yahaya
 Kemahiran Literasi.

2. Puteri Aisyah Binti Noordin
Kemahiran Literasi


ANDA JUGA BOLEH RUJUK DI SINI


HARAP DAPAT MEMBANTU